Popular Posts

Powered By Blogger

Saturday, January 15, 2011

Kepentingan untung kepada perniagaan



Mengekalkan kedudukan perniagaan

-         -  Usaha ini membolehkan perniagaan terus berada dalam pasaran
-          - Untung membolehkan perniagaan menjalankan aktiviti semasa dan aktiviti yg telah dirancang untuk masa hadapan
-         - Modal berterusan membolehkan  perniagaan terkekal dalam pasaran terutama apabila perniagaan memerlukan pembiayaan tambahan untuk menampung kos kan perbelanjaan yg meningkat
-          - Serta dapat membentuk strategi baru bagi menangani pesaing supaya mendapat tempat dalam pasaran

Membentuk strategic perniagaan yg berkesan

-         -  Maksud : pelan tindakan yg dirancang untuk menhadapi pesaing
-          - Perniagaan yg mempunyai keuntungan lebih berkemampuan untuk bersaing
-          - Untung membolehkan perniagaan merancang strategic lebih berkesan untuk mengatasi strategi pesaing
-          - Untung digunakan untuk meningkatkan peruntukan perbelanjaan promosi  sedia ada dan seterusnya dapat merampas syer pasaran dr pesaing
-          - Perancangan strategi yg baik memerlukan kos yg byk, oleh itu keuntungan sgt penting bg memperoleh strategi yg berkesan

Mengembangkan perniagaan

-         -  Pengembangan dapat meningkatkan jumlah dan nilai asset perniagaan
-          - Keuntungan dapat meningkatkan nilai asset perniagaan
-          - Perniagaan yg besar memiliki ekonomi bidangan yg tinggi.iaitu menanggung kos pengeluaran rendah seunit.
-          - Dapat meningkatkan daya saing
-          - Dapat membuka cawangan dikawasan lain
-          - Menambahkan pelaburan modal dan modal kerja dalam perniagaan sedia ada
.
Menjadi dorongan kepada pekerja

- apabila syarikat mendapat keuntungan pekerja akan berasa selamat dan selesa
- Keuntungan menggambarkan perniagaan berpotensi untuk terus maju dan bertahan dalam pasaran
- Pemberian bonus akan menjadi pendorong kepada pekerja untuk bekerja lebih tekun dan berdaya saing

Penggunaan teknologi yg lebih moden

-         -  Keuntungan membolehkan perniagaan mampu menggunakan teknologi yg lebih moden
-          - Penggunaan teknologi yg lebih moden membolehkan peningkatan produktiviti dan menurunkan kadar kecacatan produk
-          - Penggunaan teknologi moden menjadikan perniagaan lebih berdaya saing

Kepentingan perniagaan kepada kerajaan

Mewujudkan peluang pekerjaan

-         -  Perniagaan yg ingin memulakan operasi pengeluaran cenderung mengambil pekerja dalam Negara
-          - Peluang pekerjaan dapat mengurangkan kadar pengangguran Negara
-        -   Pendapatan yg diterima dapat meningkatkan hidup

peningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport 

-         -  Peningkatan ini akan menyumbang kepada peningkatan KDNK Negara
-        -   Kesannya, pertumbuhan ekonomi Negara akan meningkat
-          - Peningkatan kegiatan eksport menggalakkan pengaliran masuk wang @modal  dari luar dan seterusnya  dapat meningkatkan permintaan RM
-         -  Meningkatkan nilai ringgit Malaysia

Menyumbang kpd pendapatan Negara

-      -     Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai pendapatan,lessen dan duti setem
-        -   Dapat digunakan untuk meningkatkan infrasturtur
-          - Mempelbagaikan kemudahan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat seperti memberi bantuan dan  sekolah
-         -  Dapat menstabilkan kedudukan sesebuah kerajaan.